Memulakan Perniagaan Homestay / GuestHouse



Disini saya ingin berkongsi bersama anda bagaimana memulakan perniagaan homestay atau guesthouse. Sebelum memulakan perniagaan homestay anda perlu membuat beberapa kajian. Antaranya adalah :

a. Permintaan setempat / luar kawasan
- Anda perlu membuat kajian secara rawak kepada penduduk setempat dengan bertanya keperluan homestay dikawasan tersebut.
- Anda juga boleh membuat (try market online) di dalam laman-laman sesawang homestay.


b. Jumlah sebenar homestay berdekatan kawasan anda
- Lawati kawasan setempat berkenaan homestay yang telah sedia ada. Anda mungkin akan bersaing dengan homestay yang sedia ada.


c. Kira-kira 
- Buat sedikit kira-kira kos untuk memulakan perniagaan homestay, Kos senggaran bulanan dan pulangan keuntungan. Anda juga perlu menetapkan kadar sewaan homestay anda (Harian/ Minggun/ Bulanan).


Sekiranya anda berkeyakinan untuk memulakan perniagaan homestay anda perlu meneliti perkara - perkara tersebut :

a. Kediaman Homestay / Guesthouse
b. Lokasi Homestay
c. Perabot dan hiasan
d. Peralatan Elektrik / Elektronik.
e. Peraturan dan ketetapan Homestay
f. Promosi


Kediaman Homestay / Guesthouse
Untuk memulakan sesebuah homestay mestilah mempunyai (sewaan / milik sendiri ) rumah kediaman. Lebih menguntungkan sekiranya anda mempunyai rumah sendiri untuk dijadikan sebuah homestay berbanding dengan sewaan rumah yang mana anda terpaksa berkerja keras mencari pelanggan bagi mendapat pulanggan yang memuaskan. 


Lokasi Homestay
Lokasi juga memainkan peranan yang penting dalam perniagaan homestay. Lokasi kediaman homestay hendaklah berdekatan dengan kawasan tujuan pengunjung dan berhampiran dengan pelbagai kemudahan asas seperti kedai makan. Klinik. Masjid. Petrol pum dan lain-lain lagi. Daripada analisa saya kebanyakan pengunjung berasal luar negeri dan tidak begitu mengetahui selok belok jalan disekitar homestay. Walaubagaimanapun anisetif pemilik homestay perlu menyediakan sedikit bahan rujukan seperti Mini Peta bagi memudahkan pengunjung. Perlu diingat pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan akan kembali mencari anda.




Perabot dan Hiasan 
Sebagai permulaan mengusahakan homestay kecil - kecilan anda sedia maklum berkenaan modal pendahuluan yang terhad. Anda dinasihatkan mengunakan sebaik mungkin modal permulaan. Untuk perabot - perabot homestay saya sediakan beberapa tips :

1. Anda disarankan mencari pembekal tunggal. Ini bermakna anda perlu memborong keseluruhan perabot dari kedai tersebut bagi mendapatkan harga belian yang berpatutan.

2. Cari kedai perabot yang menawarkan pakej perabot 1 rumah. Ini lebih menjimatkan anda.

3. Jangan beli perabot yang mudah koyak, pecah atau patah. Pengunjung tidak akan menjaga kelengkapan homestay seperti mana kepunyaan mereka.

4. Sediakan perabot asas sahaja bagi permulaan pengusahaan homestay.

5. Hias sedikit homestay anda luar dan dalam supaya nampak menarik.


Peralatan Elektrik dan Elektronik
Peralatan elektrik dan elektronik juga sama pentingnya kepada pengunjung. Lebih maju sesuatu peralatan elektrik dan elektronik itu maka lebih tertarik pelanggan untuk menginap. Sedikit tips untuk memilih perlatan elektrik dan elektronik. :

1. Jangan beli peralatan elektrik dan elektronik yang tidak selamat. Ini mengelakkan dari sebarang kemalangan yang tidak diingini.

2. Buat tinjauan keatas beberapa kedai elektrik yang menawarkan harga yang berpatutan.

3. Bagi menjimatkan kos permulaan cari kedai yang menjual peralatan elektrik yang terpakai yang masih elok keadaannya.

4. Bagi menjimatkan kos bulanan, cari peralatan elektrik dan elektronik yang mempunyai SAFE ENERGY. Bagi menghadkan penggunaan elektrik berlebihan. 

5. Antara peralatan asas sesebuah homestay :

a. TV
b. Peti sejuk
c. Mesin basuh
d. Iron
e. Astro / Antena
f. Aircond
g. Kipas celling
h. Rise cooker
i. Heater
j. Water Heater


Peraturan dan ketetapan Homestay
Sebelum memulakan perniagaan homestay anda perlu menetapkan sedikit peraturan dan ketetapan bagi memudahkan anda berurusan dengan pelanggan. Antara yang boleh saya kongsikan adalah :

1. Menetapkan masa daftar masuk ( Check in ) dan daftar keluar ( Check Out)
2. Keperluan wang pendahuluan ( Deposit ) sebagai pengesahan tempahan
3. Menetapkan sedikit wang cagaran.
4. Menetapkan pilihan pelanggan ( Muslim / Nonmuslim )
5. Lain - lain peraturan yang ingin anda nyatakan.


Promosi
Homestay baru perlukan promosi pengiklanan yang hebat. Anda perlu memperbanyakan promosi pengiklanan di internet atau dikawasan setempat. Antaranya adalah :

1. Banner dikawasan sekitar
2. Pengiklanan di internet ( berbayar / percuma )
3. Name Card
4. Mengedarkan flyers dikawasan setempat.
5. Wujudkan blog / facebook / whats app dan lain-lain


Akaun Bank
Anda disarankan memilik beberapa akaun bank yang menjadi kebiasaan pengguna bagi memudahkan pelanggan membuat pembayaran wang pendahuluan. Sebagai contoh :

1. Maybank
2. Cimb Bank

No comments:

Post a Comment